Saturday 22 March 2014

Refleksi Minggu ke-6

Alhamdulillah pada minggu ke-6, kuliah Organization adalah meliputi :

  • Pembentangan individu bertajuk 'Aplikasi Prinsip Pengurusan Henry Fayol dalam menguruskan Pusat Sumber'.
  • Perbincangan bersama Dr. Hasnah tentang 'Management Model'.
  • Kuiz (1 jam)
*****************************************
Pembentangan individu bertajuk 'Aplikasi Prinsip Pengurusan Henry Fayol dalam Menguruskan Pusat Sumber'


Pengenalan
  1. Henry Fayol adalah bapa prinsip Pengurusan.
  2. Beliau selalu membuat pemerhatian dan mencatatkannya di dalam nota
  3. Beliau dilantik sebagai CEO Comambault
  4. Beliua mengatakan terdapat 4 elemen utama dalam prinsip pengurusan :
    1. Planning
    2. Organizing
    3. Leading
    4. Controlling
  5. Daripada 4 elemen pengurusan, terhasilnya 14 prinsip pengurusan cetusan idea Henry Fayol (telah dibincangkan di dalam post yang lalu)
  6. Seorang profesor dari McGill University, Canada, Henry Mintzberg menyatakan prinsip pengurusan yang dikemukakan oleh Henry Fayol tidak boleh digunakan lagi pada masa sekarang.
  7. Mintzberg menyatakan terdapat 3 peranan pengurusan :
    1. Interpersonal role
    2. Informational role
    3. Decisional role

Aplikasi 14 prinsip pengurusan Henry Fayol dalam menguruskan Pusat Sumber
  1. Pembahagian Kerja
    • Guru Media (GPM) perlu membahagikan kerja secara sistematik kepada semua pustakawan agar pustakawan yang dilantik bukan hanya pandai menyusun buku semata-mata
    • GPM juga perlu mengagihkan tugas kepada guru pembantu yang lain. 
  2. Autoriti
    • GPM perlu memantau segala tugas dijalankan oleh guru pembantu dan pustakawan dengan baik walaupun pengagihan tugas telah diberi.
    • GPM boleh meng'endorse' surat yang menyenaraikan tugas-tugas pembantu guru.
  3. Disiplin
    • Peraturan di Pusat Sumber perlu digubal dan dilaksanakan bagi menjamin kecemerlangan pusat sumber.
  4. Satu Perintah
    • Pustakawan perlu mendengar arahan daripada GPM sahaja atau mana-mana guru pembantu yang telah diturunkan kuasa oleh GPM bagi mengelak kekeliruan dan pertindanan tugas.
  5. Satu Arahan
    • Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan dan diurus oleh GPM sahaja.
    • Contohnya Program Nilam perlu diurus oleh GPM dengan bantuan guru pembantu dan pustakawan.
  6. Mengutamakan Kepentingan Organisasi
    • GPM perlu memastikan segala tugas di pusat sumber diselesaikan dengan sempurna.
    • Sikap malas adalah merupakan kepentingan peribadi yang perlu dielak.
  7. Pembayaran Upah
    • Pembantu GPM dan pustakawan patut diberi pujian yang adil bagi setiap usaha yang telah dijalankan.
    • Pemberian ganjaran seperti mengadakan majlis makan pada akhir tahun persekolahan dapat meningkatkan motivasi dalam diri mereka.
    • Pembayaran upah boleh diberi dalam bentuk pujian dan tidak semestinya berbentuk wang.
  8. Pemusatan/Penurunan Kuasa
    • Guru pembantu dan pustakawan perlu diberi peluang untuk membuat keputusan
    • Perkara ini dapat mengembangkan lagi idea dalam pengurusan pusat sumber
  9. Rantai Pemerintahan
    • Perlu wujudnya hierarki autoriti.
    • Melalui aliran komunikasi formal di dalam pengurusan
    • Aliran komunikasi yang lebih pendek adalah lebih baik bagi mengelakkan sebarang kekeliruan arahan. Contohnya GPM terus memberi arahan kepada pustakawan tanpa melalui guru pembantu.
  10. Susunan
    • Pengagihan tugas dapat dijelaskan melalui Carta Organisasi
    • Perkara ini dapat mengelakkan berlakunya pertindihan tugas.
  11. Keseimbangan
    • GPM perlu melayan semua pustakawan dengan adil dan tiada diskriminasi antara kaum, jantina dan rupa paras.
    • Keseimbangan menekankan konsep kesamarataan sama ada kepada pustakawan mahupun pengunjung pusat sumber.
  12. Kestabilan Personal
    • GPM perlu mengadakan aktiviti bagi menggalakkan penglibatan pustakawan dalam pengurusan pusat sumber dengan kesetiaan yang penuh
  13. Inisiatif
    • Pustakawan perlu diberi peluang untuk merangka aktiviti dengan pemantauan GPM
    • Aktiviti yang dijalankan mestilah dirancang dengan teliti dan bersungguh-sungguh
  14. Kekitaan 
    • Dengan kewujudan keharmonian dan kerjasama ahli pusat sumber termasuklah GPM, guru pembantu dan pustakawan dapat mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap organisasi.



Management Model (Model Pengurusan)

  • Masyarakat moden kini lebih mengutamakan rasionalisasi, keberkesanan dan prestasi, maka peranan organisasi semakin kritikal dan mencabar.
  • Dalam pengurusan di sekolah walaupun terdapat banyak masalah atau tekanan yang terpaksa dihadapi, namun penggunaan model-model pengurusan secara tidak langsung boleh membantu pihak pentadbir sekolah menguruskan organisasi sekolah dengan lebih baik lagi. 
  • Pemilihan Management Model adalah bergantung kepada pengurus tentang :
    • bagaimanakah pengurusan dilaksanakan
      • bagaimanakah cara koordinasi
      • apakah cara memperuntukkan sumber kewangan
      • bagaimanakah memilih untuk tentukan organisasi
      • bagaimanakah aktiviti yang dijalankan selaras dengan organisasi (contoh di pusat sumber, selain program nilam, GPM boleh menganjurkan kuiz dan program pengunjung bertuah)
    • apakah objektif organisasi
      • adakah objektif yang ditentukan jelas atau tidak
    • bagaimanakah cara untuk memotivasikan staf

Terdapat enam model pengurusan iaitu :
  1. Formal Models
  2. Collegial Models
  3. Political Models
  4. Subjective Models
  5. Ambiguity Models
  6. Cultural Models
====================

  1. Formal Models
    • Formal model memberi beberapa penegasan atau rasional untuk mencapai matlamat organisasi tersebut.
    • Menekankan organisasi perlu adanya hierarki, mesti ada pengagihan tugas, perlunya pelaksanaan tugas dan pengawasannya dan ada undang-undang dan peraturan.
    • Model ini selalu digunakan dalam pengurusan jawatankuasa di sekolah. Bermula daripada pengetua, PK, GKMP, guru-guru dan pelajar.
    • Setiap jawatankuasa memainkan peranan masing-masing berdasarkan hierarki yang telah ditetapkan.
    • Masalah dalam Formal Models :
      • terlalu mementingkan prosedur daripada matlamat
      • contohnya, seorang guru yang tiada kaitan dalam sesuatu mesyuarat tetap perlu hadir kerana peraturan menetapkannya untuk hadir
      • menekankan undang-undang, rigid dan menghalang inovasi
    • Penegasan yang diamalkan dalam model ini sangat baik jika diletakkan di situasi yang sesuai seperti guru perlu masuk ke kelas pada waktu yang tepat dan tidak lewat.
  2. Collegial Models
    • berdasarkan kepada persetujuan ramai.
    • lebih kepada konsep demokrasi
    • Terdapat peringkat di mana berlakunya perkongsian kuasa dan penyertaan ahli dalam membuat keputusan.
    • Model ini sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah yang kecil supaya semua ahli mempunyai hak membuat keputusan.
    • Walaupun begitu, boleh juga diamalkan dalam organisasi yang besar tetapi mewakilkan beberapa orang sahaja dalam membuat keputusan.
  3. Political Models
    • Berkonsepkan penggunaan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan sendiri.
    • Biasanya model ini diamalkan oleh ketua organisasi contohnya pengetua.
    • Ketua yang mengamalkan model ini lebih suka mengawal mesyuarat, sudah mengetahui keputusan mesyuarat dan mengawal informasi.
    • Sebagai contoh pentadbiar mempunyai banyak urusan pihak penjual seperti membekalkan buku kerja kepada sekolah. Pentadbir akan tawar menawar sehinggalah kepentingan diri diperoleh.
    • Walaupun sebahagian guru tidak setuju dengan penetapan daripada pengetua (mengambil pembekal A), tetapi disebabkan kepentingan peribadi pengetua daripada pihak tersebut, maka guru-guru terpaksa akur juga.
  4. Subjective Models
    • Mementingkan pandangan individu daripada kumpulan.
    • Ianya juga memberi keutamaan kepada setiap individu dalam organiasi.
    • Model ini lebih menekankan orang perseorangan dan ahli-ahli dalam organisasi berbanding penekanan kepada matlamat organisasi.
    • Contohnya, jika terdapat masalah disiplin seperti datang lewat, tidak mengikut peraturan, mungkin guru-guru mempunyai pandangan masing-masing tetapi mungkin pada waktu yang lain persepsinya berubah (tidak berstruktur dan bersifat subjektif)
  5. Ambiguity Models
    • Model ini merujuk kepada ketidakpastian dan ketidaktentuan.
    • Perkara ini berlaku akibat daripada matlamat yang tidak jelas, masalah kordinasi dan melibatkan banyak pihak.
    • Contohnya, orang lain yang membuat keputusan tetapi orang lain yang melaksanakannya akibat daripada ahli jawatankuasa yang sering berubah-ubah.
    • Model ini sesuai digunakan dalam pengurusan pendidikan prasekolah kerana tiada penentuan matlamat pendidikan prasekolah
    • Namun yang menjadi ketidakpastian dan kecelaruan ialah apabila matlamat prasekolah tidak sama dengan kehendak kementerian.
    • Masalah model ini :
      • apabila pihak prasekolah lebih menekankan aspek keceriaan sekolah daripada aspek pengurusan murid (akademik)
      • Sedangkan di pihak sekolah pula kebanyakkannya menetapkan matlamat pengurusan murid (akademik) berbanding aspek lain.
  6. Cultural Models
    • Menekankan budaya organisasi.
    • Elemen-elemen dalam model ni seperti kreatif, inovatif dan sebagainya.
    • Penggunaan cultural model ini boleh mengubah persekitaran melalui ekologi (sistem sosial, budaya, nilai dan kepercayaan)
    • Contohnya, sekolah yang begitu mementingkan keceriaan sekolah. Pihak pengurusan akan sentiasa mempunyai idea untuk melaksanakan projek yang berkaitan seperti gotong-royong sebulan sekali. Secara tak langsung pelajar juga dibudayakan untuk menjaga kebersihan sekolah.

Kesimpulannya, keenam-enam model pengurusan ini mempunyai pendekatan yang berbeza. Maka, pihak sekolah tidak boleh berpandukan kepada satu model sahaja kerana kebolehgunaan model ini bergantungkepada peristiwa, situasi dan beberapa pertimbangan.

Bibliografi

http://sumbanganku.blogspot.com/2009/04/mengaplikasikan-model-model-pengurusan.html

Sunday 16 March 2014

Refleksi Mingu ke-5

Alhamdulillah..pada minggu ke-5 kuliah terdiri daripada :

  • Pembentangan individu bertajuk Pengaruh Gaya Kepimpinan dalam meningkatkan Keberkesanan Pusat Sumber. (Ahmad Fakharudin)
  • Pembentangan individu bertajuk Pusat Sumber SMK Taman Sri Saujana
  • Perbincangan tentang Proses Pengurusan (Process of Management)
  • Perbincangan tentang Perkembangan Teori Pengurusan Klasikal (Evolution of Classical Management Theory)
*****************************************

Pengaruh Gaya Kepimpinan dalam Meningkatkan Keberkesanan Pusat Sumber (The Influence of Leadership Style in Increasing The Effectiveness of Resource Center)

  1. Dalam tajuk di atas, pembentang menyentuh kepada dua aspek iaitu Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi.
  2. Nilai keberkesanan (KPI) sebuah Pusat Sumber bergantung kepada penggunaan bajet yang sedia ada dan diukur melalui perbandingan antara pusat sumber.
  3. Manakala kepimpinan sebuah pusat sumber dapat dinilai daripada pengurusan organisasi dan pengurusan kewangan.
  4. Kepimpinan yang berkesan adalah kebolehan mempengaruhi dan memotivasi.
  5. Gaya kepimpinan Autokratik, Demokrasi, Human Relations dan Laissez Faire adalah antara gaya kepimpinan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian organisasi
    • Contohnya : Kepimpinan Laissez Faire boleh digunakan apabila sesebuah organisasi telah dijelaskan peranan masing-masing dan pakar dalam bidang masing-masing.
  6. Keberkesanan pemimpin dapat dibuktikan melalui tahap prestasi sesebuah organisasi.
  7. Kajian-kajian lepas :
    • Organisasi berkesan jika terdapat hubungan mesra antara ketua dan pekerja
    • Pemimpin yang mempunyai visi dan misi mampu meningkatkan keberkesanan organisasi
    • Sebuah kajian di sebuah universiti di Bandar Semarang Indonesia yang menggunakan seramai 140 responden menyatakan bahawa 'Komitmen sebuah organisasi memberi kesan yang positif terhadap Prestasi Pekerja' dan 'Gaya kepimpinan memberikan pengaruh positif terhadap prestasi pekerja'.

Pusat Sumber SMK Taman Seri Saujana
  • Enrolmen : 1026
  • Jumlah buku : 7139
  • Peruntukan : RM 13,143.00
  • Sistem Otomasi : S-Lib
  • Keluasan : 50 kaki x 50 kaki
Rumusan :
  1. Masalah yang dihadapi:
    • Pembantu Am Rendah tidak bertugas setiap hari di pusat sumber
    • Waktu operasi yang terhad
    • Kurang peralatan komputer
    • Pelajar tidak memulangkan buku yang dipinjam
  2. Bintang diberi oleh pembentang : 4 bintang

Proses Pengurusan (Process of Management)

  • Proses Pengurusan terdiri daripada :
    1. Perancangan (Planning)
      • menentukan tujuan dan objektif - berbincang bersama ketua organisasi
      • menggariskan strategi organisasi contohnya strategi pemasaran - perletakan harga, perluasan pasaran.
      • mengatur program/ projek mengikut strategi yang digariskan
    2. Penyusunan (Organizing)
      • Proses menstruktur organisasi dan pengambilan kakitangan (staffing)
      • Meliputi program peningkatan produktiviti dan kualiti, kesihatan kakitangan
      • Menyerah tugas dengan teliti
      • Mengagihkan tugas dan sumber kepada pekerja
    3. Pengarahan (Leading)
      • Faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi diberi perhatian.
      • Penting bagi menjamin organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna
      • Contohnya : Membuat hubungan di tahap antarabangsa
    4. Pengawalan (Controlling)
      • Merupakan fungsi terakhir untuk menilai prestasi dan hasil perolehan telah dicapai mengikut perancangan.
      • Mengenalpasti masalah dalam fasa Penyusunan
      • Memperbetulkan tindakan yang lepas jika ada.

Perkembangan Teori Pengurusan Klasik (Evolution of Classical Management Theory)

  • Bidang pengurusan mempunyai sejarah perkembangan yang patut ditinjau supaya kita dapat memahami perbezaan dan perkaitan antara amalan pengurusan sekarang dan masa depan dengan pengurusan yang dialami pada abad yang lampau.
  • Pendekatan Klasik menekankan peningkatan kecekepan pekerja dan organisasi yang bergantung bergantung kepada teknik mengurus.
  • Pendekatan Klasik pada dasarnya berusaha ke arah yang lebih menguntungkan.
  • Pendekatan Klasik berkembang bermula daripada :
    1. Pengurusan Birokratik (Bureaucratic Management)
    2. Pengurusan Saintifik (Scientific Management)
    3. Pengurusan Pentadbiran Klasik (Administrative Management)

  • Pengurusan Organisasi Birokratik
    • merupakan idea seorang ahli sosiologi German, Max Weber
    • Weber berpendapat teori organisasi birokrasi adalah yang paling baik.
    • Komponen birokrasi :
      1. Pembahgian tenaga buruh
      2. Hierarki autoriti
      3. Sistem prosedur untuk menjalankan tugas
      4. Pemilihan kakitangan berdasarkan kelulusan teknik.
      5. Pentadbir-pentadbir tertakluk kepada peraturan dan disiplin
      6. Hubungan di antara individu tidak terikat kepada perasaan hati.
    • Mengikut Weber, enam struktur di atas dapat mewujudkan kestabilan dan kecekapan yang tinggi.

  • Pengurusan Saintifik
    • merupakan idea seorang jurutera mekanik dan pakar runding, Frederik Taylor (1956-1915).
    • Pengurusan saintifik muncul hasil keperluan untuk meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran melalui penggunaan sumber manusia dan fizikal
    • Prinsip Pengurusan Saintifik
      1. Penentuan Pergerakan : Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan cepat dengan kadar yang lebih tinggi.
      2. Pengkhususan Kerja : Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian bagi memahirkan diri dalam bidang yang khusus.
      3. Perancangan dan penjadualan yang rapi : perlu perancangan bagi memastikan penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan masa yang sesuai.
      4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi : Taylor percaya bahawa pemilihan kakitangan yang teliti bagi menjamin prestasi yang tinggi dalam menjalankan tugas.
      5. Insentif upah : contohnya bonus mengikut jenis kerja yang dibuat jika dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.
    • Lebih menumpukan terhadap pengeluaran yang efisien dan mempunyai skop yang terhad.

  • Pengurusan Pentadbiran Klasik
    • merupakan idea Henri Fayol (1841-1925) seorang jurutera dan eksekutif Perancis. Beliau juga digelar 'Bapa Pemikiran Pengurusan'
    • Terdapat 14 prinsip pengurusan yang dikemukan oleh Fayol :
      1. Pembahagian kerja : pekerja hanya menjalankan tugas yang khusus dan dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja untuk meningkatkan produktiviti
      2. Autoriti : kuasa untuk memberi arahan dan menarik seseorang untuk menurut arahan itu.
      3. Disiplin : Asas bagi menurut arahan dan prosedur serta menghormati peraturan organisasi
      4. Satu perintah : pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang ketua sahaja bagi mengelak kekeliruan dan konflik penerimaan dan pemberian arahan.
      5. Satu Arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.
      6. Mengutamakan Kepentingan Organisasi : Kepentingan organisasi didahulukan daripada kepentingan peribadi dan individu.
      7. Pembayaran Upah : Pekerja mesti dibayar dengan bayaran sewajarnya. Kerjasama dan sokongan dapat diperolehi daripada pekerja jika dibayar dengan setimpal.
      8. Pemusatan/Penurunan Kuasa : Kakitangan bawahan hendaklah diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas yang efektif walaupun pengurus adalah ketua ke atas organisasi.
      9. Rantai Pemerintahan : menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Melalui aliran komunikasi formal di dalam organisasi
      10. Susunan : menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia iaitu dengan meletakkannya di tempat yang betul mengikut masa yang tepat melalui carta organisasi
      11. Keseimbangan : pekerja diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan kepada organisasi
      12. Kestabilan Personel : Pihak pengurusan atasan perlu mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi. Kemantapan dan kakitangan yang setia.
      13. Inisiatif : kakitangan diberi kebebasan untuk meningkatkan mutu sesuatu rancangan.
      14. Kekitaan : mewujudkan keharmonian demi keteguhan organisasi

Bibliografi

Friday 7 March 2014

Refleksi Minggu ke-4

Alhamdulillah..pada minggu ke-4 kuliah dimulakan dengan pembentangan mengenai Pusat Sumber daripada 3 buah sekolah lagi.

SK Taman Sri Pulai

  • ditubuhkan pada tahun 1995
  • enrolmen murid : 1500 ++
  • Keluasan : 6 bay
  • Perpustakaan diberi nama Perpustakaan Dr. Jalil Ali
  • Bajet Kerajaan : RM 16000
  • Jumlah buku : 29 475
Rumusan
  1. Masalah yang dihadapi :
    1. beban tugas - tidak dapat mengimbangi tugas sebagai guru PdanP dan  Guru Media
    2. tiada sokongan daripada guru lain
    3. Bajet tidak mencukupi
Bintang diberi oleh pembentang : 2 1/2 bintang





SK Taman Mutiara Rini 2
  • satu sesi
  • enrolmen : 664 murid
  • Keluasan : 6 bay
  • Bajet : RM 8851 (kerajaan) + RM 940.50 (yuran khas)
  • Jumlah buku : 12177
  • Pusat akses dan Bilik tayang mengalami masalah pendawaian elektrik
  • Misi dan Visi Pusat Sumber sama dengan misi dan visi KPM
  • Sistem Otomasi : E-Source (menggantikan buku perolehan - cetak dari E-Source)
Rumusan
  • Masalah yang dihadapi :
    1. beban tugas
    2. Masalah tiada bekalan elektrik
    3. Bajet tidak mencukupi
  • Bintang diberi oleh pembentang : 3 bintang (sepatutnya boleh peroleh 4 bintang kerana sistem otomasi yang stabil dan dokumentasi yang lengkap)
 

 


SMK Taman Desa Skudai
  • enrolmen : 1625 murid
  • Keluasan : 8 bay
  • Bajet : RM 20 000
  • Jumlah buku : 16680
  • Sistem Otomasi : E- Source  (menggantikan buku perolehan - cetak dari E-Source)
  • Pelajar meletakkan buku yang telah dibaca pada troli
Rumusan

  • Masalah yang dihadapi :
    1. Buku rujukan sering hilang
    2. Bekalan buku tidak mencukupi
Rak buku rujukan yang tersusun dengan baik

Proses pinjaman dan pemulangan buku yang sistematik menggunakan E-Source

Ruang-ruang yang terdapat di pusat sumber

Kuliah disambung dengan pembentangan 4 jenis kepimpinan dalam sebuah organisasi 

1. Autocratic Leaders (Pemimpin Autokratik)


  • Definisi :
    • Mengawal semua keputusan dan semua individu
    • Pilihan berdasarkan idea sendiri
    • Jarang mendengar nasihat pengikut
  • Ciri-ciri pemimpin
    • Mementingkan prestasi daripada kemanusiaan
    • Kurang kepercayaan kepada pengikut
    • Memanipulasi, mempengaruhi dan menekan pekerja
  • Kesan kepada pengikut :
    • Malas
    • Tidak suka bekerja
    • Suka dipimpin
    • Tidak bertanggungjawab
  • Gaya pengurusan
    • Perancangan berteraskan objektif
    • Organisasi yang formal, berpusat dan ikut peraturan
    • Kawalan yang ketat
    • Keputusan di bawah ketua
    • Pemantau rapi dalam motivasi
    • Komunikasi sehala
    • Menekankan kerja keras dan pengalaman
    • Memberi ganjaran jika patuh dan memberi hukuman jika melakukan kesilapan
    • Wujud konflik jika ditindah
    • Menyalahkan orang untuk menyelesaikan masalah
    • Penilaian prestasi pekerja yang ketat
2.  Human Relations Leaders

  • Definisi :
    • Tidak menekankan kemajuan tetapi lebih menekankan kepada kebajikan pekerja
  • Falsafah pemimpin :
    • Mengharapkan tanggapan positif dari orang lain
    • Menganggap bahawa persekitaran yang positif menghasilkan hasil yang positif dan bermutu
  • Gaya pengurusan :
    • Saling berkerjasama
    • Bermotivasi kepada pekerja
    • Struktur organisasi yang longgar dan tidak formal
    • Mencapai kata putus dengan saling berbincang dan mengambil bahagian
    • Komunikasi yang bersifat dua hala
    • Sebarang perkembangan aktiviti sangat digalakkan
    • Sering memberi ganjaran dan mengelak dari memberi hukuman
    • Mengelakkan berlakunya konflik
    • Hubungan interpersonal dengan mengadakan aktiviti bagi memantapkan hubungan ketua-pekerja
3.  Laissez Faire Leaders

 
  • Ciri-ciri :
    • tidak menekankan kemajuan dan prestasi
    • tidak menekankan kebajikan pekerja
  • Falsafah :
    • Low profile
    • Tidak mempedulikan keadaan sekeliling kerana mengganggap perangai manusia tidak dijangka
    • Sentiasa patuh dan mengikut keadaan sekeliling
    • Tidak mengganggu tugas pekerja
  • Gaya Pengurusan
    • Merancang objektif bila perlu sahaja
    • Meneruskan tugas yang sedia ada, tidak membuat sebarang pembaharuan
    • Tiada kawalan dengan melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja
    • Selalu mengelak untuk membuat keputusan
    • Tidak memberi motivasi kepada pekerja dan sering melepas tangan
    • Selalu mengelak dalam perbincangan dan jika berlaku perbincangan ianya tidak teliti dan mendalam
    • Tidak mementingkan prestasi pekerja, dan jika pekerja ingin meningkatkan prestasi, itu adalah urusan mereka.
    • Elak daripada memberikan sebarang ganjaran dan hukuman
    • Mengabaikan konflik yang berlaku, dan mengharapkannya selesai dengan sendirinya
    • Mengabaikan masalah yang melanda kecuali terpaksa
    • Mengelakkan hubungan rapat dengan pekerja
    • Mempercayai kuasa dan konflik adalah di tangan pekerja
4.  Democratic Leaders

 
  • Ciri-ciri
    • Mementingkan kemajuan pekerja dan prestasi
    • Pekerja seronok dengan kepimpinan demokratik
    • Produktiviti meningkat dengan suasana pekerja yang gembira
    • Walaubagaimanapun, jika di awal tugas pekerja telah diberi kebebasan boleh menyebabkan hilang hormat kepada ketua dan suasana menjadi tidak terkawal dan tidak terarah.
  • Falsafah
    • Menganggap semua pekerja jujur, boleh dipercayai, bermotivasi tinggi, bertanggungjawab dan sukakan cabaran
    • Memastikan suasana bekerja yang baik yang saling bekerjasama dan menghasilkan kepuasan yang tinggi
  • Gaya pengurusan
    • Perancangan dan pencapaian objektif adalah penting
    • Struktur bekerja yang fleksible dengan pengagihan kuasa dan penyertaan dari semua pihak
    • Kawalan tugas diagihkan antara ketua dan pekerja.
    • Memberikan motivasi yang tinggi kepada pekerja untuk lebih membangun dengan suasana yang positif
    • Mengamalkan komunikasi terbuka dan bersifat dua hala. Perbincangan yang telus dan jujur diutamakan.
    • Menekankan pembangunan diri, pekerja dan organisasi
    • Ganjaran diberikan bagi tugas yang cemerlang dan hukuman yang diberi adalah sekadar peringatan
    • Konflik dihadapi dengan terbuka
    • Percaya bahawa kuasa dan autoriti dimiliki tapi bukan digubal
    • Menilai pekerja dengan tujuan untuk memberitahu yang mana yang betul dan mana yang salah.
Rumusan daripada 4 jenis kepimpinan
  • Ternyata kepimpinan yang demokratik adalah yang terbaik untuk memastikan suasana bekerja seronok dan penuh tenaga
  • Walaubagaimanapun, tidak ramai pemimpin mengamalkan demokratik kerana mereka merasakan perlu adanya ruang yang besar di antara ketua dan pekerja (autokratik)
  • Pemimpin yang Laissez Faire pula tidak dapat meningkatkan produktiviti sebuah organisasi dan biasanya di sekolah pengetua yang mengamalkan Laissez Faire adalah pengetua yang menunggu masa untuk bersara.
  • Akhir kata, kita semua adalah pemimpin, jadilah pemimpin yang demokratik pada diri, keluarga dan organisasi agar prestasi organisasi dan prestasi diri setiap pekerja sentiasa meningkat dan membanggakan.