Sunday 16 March 2014

Refleksi Mingu ke-5

Alhamdulillah..pada minggu ke-5 kuliah terdiri daripada :

  • Pembentangan individu bertajuk Pengaruh Gaya Kepimpinan dalam meningkatkan Keberkesanan Pusat Sumber. (Ahmad Fakharudin)
  • Pembentangan individu bertajuk Pusat Sumber SMK Taman Sri Saujana
  • Perbincangan tentang Proses Pengurusan (Process of Management)
  • Perbincangan tentang Perkembangan Teori Pengurusan Klasikal (Evolution of Classical Management Theory)
*****************************************

Pengaruh Gaya Kepimpinan dalam Meningkatkan Keberkesanan Pusat Sumber (The Influence of Leadership Style in Increasing The Effectiveness of Resource Center)

  1. Dalam tajuk di atas, pembentang menyentuh kepada dua aspek iaitu Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi.
  2. Nilai keberkesanan (KPI) sebuah Pusat Sumber bergantung kepada penggunaan bajet yang sedia ada dan diukur melalui perbandingan antara pusat sumber.
  3. Manakala kepimpinan sebuah pusat sumber dapat dinilai daripada pengurusan organisasi dan pengurusan kewangan.
  4. Kepimpinan yang berkesan adalah kebolehan mempengaruhi dan memotivasi.
  5. Gaya kepimpinan Autokratik, Demokrasi, Human Relations dan Laissez Faire adalah antara gaya kepimpinan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian organisasi
    • Contohnya : Kepimpinan Laissez Faire boleh digunakan apabila sesebuah organisasi telah dijelaskan peranan masing-masing dan pakar dalam bidang masing-masing.
  6. Keberkesanan pemimpin dapat dibuktikan melalui tahap prestasi sesebuah organisasi.
  7. Kajian-kajian lepas :
    • Organisasi berkesan jika terdapat hubungan mesra antara ketua dan pekerja
    • Pemimpin yang mempunyai visi dan misi mampu meningkatkan keberkesanan organisasi
    • Sebuah kajian di sebuah universiti di Bandar Semarang Indonesia yang menggunakan seramai 140 responden menyatakan bahawa 'Komitmen sebuah organisasi memberi kesan yang positif terhadap Prestasi Pekerja' dan 'Gaya kepimpinan memberikan pengaruh positif terhadap prestasi pekerja'.

Pusat Sumber SMK Taman Seri Saujana
  • Enrolmen : 1026
  • Jumlah buku : 7139
  • Peruntukan : RM 13,143.00
  • Sistem Otomasi : S-Lib
  • Keluasan : 50 kaki x 50 kaki
Rumusan :
  1. Masalah yang dihadapi:
    • Pembantu Am Rendah tidak bertugas setiap hari di pusat sumber
    • Waktu operasi yang terhad
    • Kurang peralatan komputer
    • Pelajar tidak memulangkan buku yang dipinjam
  2. Bintang diberi oleh pembentang : 4 bintang

Proses Pengurusan (Process of Management)

  • Proses Pengurusan terdiri daripada :
    1. Perancangan (Planning)
      • menentukan tujuan dan objektif - berbincang bersama ketua organisasi
      • menggariskan strategi organisasi contohnya strategi pemasaran - perletakan harga, perluasan pasaran.
      • mengatur program/ projek mengikut strategi yang digariskan
    2. Penyusunan (Organizing)
      • Proses menstruktur organisasi dan pengambilan kakitangan (staffing)
      • Meliputi program peningkatan produktiviti dan kualiti, kesihatan kakitangan
      • Menyerah tugas dengan teliti
      • Mengagihkan tugas dan sumber kepada pekerja
    3. Pengarahan (Leading)
      • Faktor-faktor motivasi, kepimpinan dan sistem komunikasi diberi perhatian.
      • Penting bagi menjamin organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna
      • Contohnya : Membuat hubungan di tahap antarabangsa
    4. Pengawalan (Controlling)
      • Merupakan fungsi terakhir untuk menilai prestasi dan hasil perolehan telah dicapai mengikut perancangan.
      • Mengenalpasti masalah dalam fasa Penyusunan
      • Memperbetulkan tindakan yang lepas jika ada.

Perkembangan Teori Pengurusan Klasik (Evolution of Classical Management Theory)

  • Bidang pengurusan mempunyai sejarah perkembangan yang patut ditinjau supaya kita dapat memahami perbezaan dan perkaitan antara amalan pengurusan sekarang dan masa depan dengan pengurusan yang dialami pada abad yang lampau.
  • Pendekatan Klasik menekankan peningkatan kecekepan pekerja dan organisasi yang bergantung bergantung kepada teknik mengurus.
  • Pendekatan Klasik pada dasarnya berusaha ke arah yang lebih menguntungkan.
  • Pendekatan Klasik berkembang bermula daripada :
    1. Pengurusan Birokratik (Bureaucratic Management)
    2. Pengurusan Saintifik (Scientific Management)
    3. Pengurusan Pentadbiran Klasik (Administrative Management)

  • Pengurusan Organisasi Birokratik
    • merupakan idea seorang ahli sosiologi German, Max Weber
    • Weber berpendapat teori organisasi birokrasi adalah yang paling baik.
    • Komponen birokrasi :
      1. Pembahgian tenaga buruh
      2. Hierarki autoriti
      3. Sistem prosedur untuk menjalankan tugas
      4. Pemilihan kakitangan berdasarkan kelulusan teknik.
      5. Pentadbir-pentadbir tertakluk kepada peraturan dan disiplin
      6. Hubungan di antara individu tidak terikat kepada perasaan hati.
    • Mengikut Weber, enam struktur di atas dapat mewujudkan kestabilan dan kecekapan yang tinggi.

  • Pengurusan Saintifik
    • merupakan idea seorang jurutera mekanik dan pakar runding, Frederik Taylor (1956-1915).
    • Pengurusan saintifik muncul hasil keperluan untuk meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran melalui penggunaan sumber manusia dan fizikal
    • Prinsip Pengurusan Saintifik
      1. Penentuan Pergerakan : Membina kaedah saintifik dengan menentukan pergerakan dan perjalanan kerja yang dijalankan supaya lebih efisien. Dengan penentuan ini, kerja dapat disiapkan dengan cepat dengan kadar yang lebih tinggi.
      2. Pengkhususan Kerja : Frederick Taylor telah memikirkan tentang pentingnya seorang pakar di setiap bahagian bagi memahirkan diri dalam bidang yang khusus.
      3. Perancangan dan penjadualan yang rapi : perlu perancangan bagi memastikan penggunaan sumber manusia dan bahan pada tempat dan masa yang sesuai.
      4. Pemilihan dan pengambilan kakitangan yang rapi : Taylor percaya bahawa pemilihan kakitangan yang teliti bagi menjamin prestasi yang tinggi dalam menjalankan tugas.
      5. Insentif upah : contohnya bonus mengikut jenis kerja yang dibuat jika dapat menyiapkan kerja lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.
    • Lebih menumpukan terhadap pengeluaran yang efisien dan mempunyai skop yang terhad.

  • Pengurusan Pentadbiran Klasik
    • merupakan idea Henri Fayol (1841-1925) seorang jurutera dan eksekutif Perancis. Beliau juga digelar 'Bapa Pemikiran Pengurusan'
    • Terdapat 14 prinsip pengurusan yang dikemukan oleh Fayol :
      1. Pembahagian kerja : pekerja hanya menjalankan tugas yang khusus dan dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pekerja untuk meningkatkan produktiviti
      2. Autoriti : kuasa untuk memberi arahan dan menarik seseorang untuk menurut arahan itu.
      3. Disiplin : Asas bagi menurut arahan dan prosedur serta menghormati peraturan organisasi
      4. Satu perintah : pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada seorang ketua sahaja bagi mengelak kekeliruan dan konflik penerimaan dan pemberian arahan.
      5. Satu Arahan : Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan dalam satu rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.
      6. Mengutamakan Kepentingan Organisasi : Kepentingan organisasi didahulukan daripada kepentingan peribadi dan individu.
      7. Pembayaran Upah : Pekerja mesti dibayar dengan bayaran sewajarnya. Kerjasama dan sokongan dapat diperolehi daripada pekerja jika dibayar dengan setimpal.
      8. Pemusatan/Penurunan Kuasa : Kakitangan bawahan hendaklah diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas yang efektif walaupun pengurus adalah ketua ke atas organisasi.
      9. Rantai Pemerintahan : menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan hingga ke peringkat bawahan. Melalui aliran komunikasi formal di dalam organisasi
      10. Susunan : menggunakan prinsip susunan material dan sumber manusia iaitu dengan meletakkannya di tempat yang betul mengikut masa yang tepat melalui carta organisasi
      11. Keseimbangan : pekerja diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan ketaatan kepada organisasi
      12. Kestabilan Personel : Pihak pengurusan atasan perlu mengimplementasikan amalan yang menggalakkan penglibatan kakitangan kepada organisasi. Kemantapan dan kakitangan yang setia.
      13. Inisiatif : kakitangan diberi kebebasan untuk meningkatkan mutu sesuatu rancangan.
      14. Kekitaan : mewujudkan keharmonian demi keteguhan organisasi

Bibliografi

No comments:

Post a Comment